Thursday, October 16, 2008

Setel Aku Punya Kerja

Setelah bertungkus lumus sejak hari Isnin yang lepas, akhirnya aku berjaya juga mengsetelkan apa yang perlu aku setelkan. Semalam aku terpaksa korbankan masa tido semata-mata nak siapkan kerja aku tu. Tapi tak da la aku berjaga sepanjang malam. Ada juga curi-curi tido.

Skarang masa untuk tarik nafas kembali. Malam ni nak jenguk kereta kecik aku. Dh lama aku tak drive kereta tu. Rindu pulak. Semalam tgh dok sibuk siapkan kerja, tetiba Abg Fadil call. "Hai Di. Banyak kerja ke?", tanya abg fadil kt aku.

"Ada la jugak. Nak kene siapkan sebelum esok pagi. Esok pagi pula nk ke Putrajaya", konon sibuk teramat sangat. Hehe

"Ha, ko dengar tak bunyi ni?" tanya abg fadil samada aku dapat teka bunyi tu ke tak.

"Bunyi apa tu? Lain macam je bunyi nye. Motobot ke?", hehe. Saje je aku buat tak tau.

"Bunyi kereta kau la. Ada plak bunyi motobot. Tapi gas ekon and silikon hos blum pasang lagi. Esok abg bgtau Mie mintak dia isi gas". Time abg bgtau tu aku tersenyum lebar. Sbb lepas ni dpt la aku tekan pedal minyak keta kecik tu.

"Orait bro, esok wa dtg worsyop. Tonight tak bleh la bro, wa byk keje." skali keluar slang apek la plak. Sronok punya pasal kot. Hehe

"orait, jumpa esok". End of the conversation.

Hari ni aku balik awal. Sbb utama bukan aku nak ke worsyop, sbbnye aku kene pulangkan kereta parents sblum pukul 4. Lagipun semalam aku tk cukup tido sebab nak siapkan kerja. Malam nnt baru la ke sana. Yeah!

Saturday, October 11, 2008

Dato' Shah Rukh Khan?


Nak ketawa rasanya bila dengar yang artis bolywood bertaraf superstar dianugerahkan gelaran Dato' oleh oleh sebuah negeri di semenanjung Malaysia. Bukan aku saja yang dok sibuk pikir, orang lain pun sama. Apa sumbangan utama Mr Shah Rukh Khan kepada rakyat Malaysia?.

Macam dah tak da rakyat dalam Malaysia ni yang layak terima anugerah tu. Dalam banyak-banyak cerita-cerita yang aku dengar, cerita ni yang paling aku berminat untuk terbitkan dalam blog aku ni. Shah Rukh Khan ini sebenarnya diminati oleh isteri seorang pembesar dalam negara. Pembesar negara tersebut pula ketika ini sedang melangkah menuju ke jawatan terpenting lagi glamor dalam Malaysia dan akan meninggalkan jawatan no 2 yang terpenting lagi glamor.

Memandangkan jawtan no 2 ini akan dikosong, maka datanglah seorang pembesar dari negeri di selatan semenanjung yang menawarkan untuk mengisi kekosangan tersebut. Ramai yang beranggapan pembesar negeri ini telah menyenaraikan nama Shah Rukh Khan untuk diberi pingat disebabkan Shah Rukh Khan ini diminati oleh isteri pembesar negara (bodek la tu).

Mungkin tindakan tersebut bertujuan untuk mengembirakan hati isteri pembesar seterusnya memohon sokongan isteri dan pembesar negara agar diperkenankan hajatnya untuk bertanding untuk jawatan no 2 itu.

Apapun, tak ramai yang bangga penganugerahan yang diberikan kepada artis tersebut. Malah lebih ramai yang ketawa termasuk aku. Hehe.


Friday, October 10, 2008

Demam Raya ke?

Hari ni aku demam. Mungkin sebab cuaca kt kl ni yang semakin kerap dibasahi hujan. Lagipun dah dua tiga malam aku tidur lewat dari pulul 12 mlm.

Tahun lepas selalunya aku rasa seronok bila lepas raya. Dalam pda ada juga tercatit, minngu ni rumah siapa yang terbuka. Rumah yang tertutup minggu ni bila pula akan dibuka. Tapi tak la semua rumah yang terbuka tu aku datang bertandang. Dan tak semua juga rumah yang tertutup tu aku langsung tak datang. tengok keadaan la.

Tahun ni rumah yang pertama aku beraya selepas pulang dari kampung ialah rumah Bro Fadhil, bro pomen yang byk menyelesaikan masalah keta kecik aku. Masa aku bertandang tu akak (bini abg pomen) dah ada kt rumah. Sunyi sepi je kawasan rumahnya tu. Jiran2 yang lain still blum balik lagi. Masa aku smpai, 2 orang anak dia dok sronok bakar mercun. Dua orang tu je la yang ada kt situ. Bebudak lain mungkin di kampung mereka lagi kot.

Kesian gak aku kt abg pomen ni. Raya tahun ni dia tak dapat balik ke kampung. Dia hanya beraya seorang diri di Kolumpo. Anak bininya disuruh balik, itupun dipaksa balik sebab nenek sebelah bini dia meninggal dunia beberapa hari sebelum raya. Tapi bini mana yang tak sayangkan suami. Petang hari raya pertama tu bini dia dah balik Kolumpo.

Hari tu ada berborak dengan dia. Ada juga mulut ni gatal nk bertanya apa perasaan dia beraya sorang diri. Soalan sensitif plak aku nk tanya. Tp, abg ni mmg openminded. Dia mulakan cerita suasana pagi raya tu. Dia bersiap dengan berbaju melayu berkain pelikat nak ke masjid solat raya. Lepas solat perut dia lapar lantas cuba mencari jauadah mamak untuk mengisi perut.

Malang betul nasib dia, kedai mamak disitu kebanyakkannye tidak beroeperasi hari tu. Perut dah lapar, nak tak nak lidah dia nk juga rasa menu hari raya. Dia singgah la gerai lemang untuk dibeli sebatang dua. Apa yang dia cerita buat aku terkejut. Sebatang harganye RM 4, harga untuk ketupat segitga jatuh dlm RM 1 sebiji, rendang dan kuah kacah yang tak sepenuh tappurware bubur lambuk harganya RM 7.00. Pergh. mmg mahal.

Tinggalkan bab abg pomen tu. Tp itu la rumah pertama yang aku beraya. Masuk hari Isnin aku dah mula sibuk dengan kerja. Waktu kerja yang habis pukul 4.30pm mmg tak cukup. Kerjer disambung pula sampai waktu malam. Tga hari berturut2 sehingga hari rabu aku balik lewat ke rumah. 2 official meeting, satu maple meeting (penting gak meeting ni). Hari keepat tu (khamis) sepatutnya ada dating, tp terpaksa cancel disebabkan imun badan aku tak berapa kuat. Aku demam plak malam tu. Demam tu plak berlarutan sehingga hari ni.

Time demam ni la aku mula tersedar yang raya sebenarnya baru je seminggu berlalu. Tp aku rasa macam dah sebulan berlalu. Mungkin stress dengan kerja kot. Wallahualam.

Esok, ada open house kt worsyop. Aku n kengkawan yang lain yang akan uruskan majlis tu atas permintaan tokei worsyop (abg pomen). Hanya orang2 tertentu je yang dijemput. Tujuan majlis adalah untuk bertemu dan bermesra dengan kawan-kawan selepas beraya.

Badan panas lagi. Aku posting yang ini dulu..

Wednesday, September 24, 2008

Soping Raya


Sebenarnya bukan berniat nk soping raya pun samalam. Cuma sekadar nk jenguk kedai je. Aku, Sham, Chef n Amir ke sana waktu petang. Kami ke kedai Mido yang terletak berhampiran dgn Center Point, Klang.

Kedai Mido ni sebenarnya pejual jeans Levi's. Dh lama sebenarnya aku tk memakai jeans. Aku lebih selesa pakai khakis. Aku ke sana pun sekadar window soping je. Tp byk benda yang aku tk tau pasal jeans, aku dpt tau kt sana. Dr kewujudan kedai tu hingga la jenis2 yang dijual semua diceritakan kt aku. Tak dinafikan mmg tokei kedai n pembantunya friendly. Kedai tu dah lama wujud, dn pelanggannye mmg ramai. Bg mereka, kedai tu bertaraf butik levis, tp kalau cek outlet dlm website levis, kedai tu tk wujud pun. hehe.

Biasala jeans yg ori mana ada hrga kurang dr RM 100. Tp kt sudut kedai tu aku terpandang tag harga RM 1299!. Terkejut gak aku. Ada plak harga jeans yg harga semahal tu. Sapa la yang nk pakai jeans yang berharga sebulan gaji tu. Kalau aku ada duit sebanyak tu pun, tk la aku teringin nk membelinya. Rupanya kedai tu dh berjaya menjual tiga helai jeans tu. Jeans tu sebenarnye limited edition yang dikeluarkan oleh levis. Kiranya dalam dunia ni ada 10000 pasang je.

Sham, org nye yang sederhana sebenarnya obses sgt dgn jeans levis. Katanya dari dia masa bujang sehingga skarang, tiba je time raya mesti dia bertandang ke kedai tu. Masa di kedai tu, dia la yg banyak bercerita pasa levis ni. Brand 501, 505, 512, dockers, couldroy, red tap, button fly, double bones, single bone, jacket, belt. semua dia cerita. Aku tgk dia dh macam pembantu kedai tu je.

Sblum bla, aku sempat sambar jeans khakis levis 512. Aku mmg tk minat kt jeans. Tp, mungkin oneday aku bli gak kot. Kluar dr kedai tu rasa macam menyesal gak. Ye la, dengan harga jeans tu, aku boleh dpt 2 helai seluar biasa. Tp, kalau tk cuba tk tau bestnye jenama levis ni. Masa otw balik tu, syam sambung lagi ceritanya pasal menjaga jeans ni. Cntohnye, hujung kaki tu diketuk dgn hammer, couldroy jgn dibasuh tp dicelup dn diberus dengan berus sabut, tulang dalam sluar tu disapu lilin kemudian distrika. Dan cerita yg paling menarik bila dia certikan mengenai kawan dia. Katanya, lepas je kawan dia beli jeans levis, jeans tu dipijak pijak kemudian dicampak ke dalam paya. Esoknya kawannya ambil jeans tu untuk dibasuh sblum pakai. Tujuannye nk bg nampak season. Huh, sampai macam tu skali.


Thursday, September 18, 2008

Politik Malaysia

Banyak sebenarnya yang prelu dirisaukan sekarang ni. Dari segi pandangan aku mengenai politik dalam negara ni, pasti sesuatu akan terjadi. Cuma aku kurang pasti samada yang akan terjadi tu lebih byk membawa kebaikan atau keburukan. Apapun pada Allah jua aku berdoa memohon supaya dilindungi Malaysia dari sebarang bencana perbuatan manusia. Namun, kebaikan itulah yang aku dan yang lain-lain harapkan.

Banyak teori yang diperkatakan bila Pak Lah bertukar portfolio dengan timbalannya. Pak Lah pegang Menteri Pertahanan. Najib pula pegang Menteri Kewangan. Tapi, kedua-dua tokoh tersebut langsung aku tk berminat. Khabar angin yang berlegar didalam blog-blog banyak mengatakan tujuan dibuat begitu bukan sebenarnya untuk "melatih Najib menjadi Perdana Menteri". Tetapi lebih untuk menjaga kedudukan Pak Lah dari serangan amarah rakyat.

Rakyat dah mula bersuara. Rakyat dah mula keluarkan tanda-tanda yang mereka tidak suka kerajaan yang ada sekarang. Diharapkan perubahan yang berlaku membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.

Sunday, June 22, 2008

Lets Celebrate!!

Adakah anda kenal dengan mereka ini?
http://kudaranggi.blogspot.com

Friday, June 13, 2008

Denggi

5 Jun 2008 aku mula rasa tak sehat. Badan aku jadi semakin lemah. Tapi sebelum hari itu aku mengalami sakit mata yang amat teruk. Mata menjadi merah. Bila kenyit mata terasa amat sakit. Kemudia aku mula terasa seperti dilanda demam. Satu hari aku berkurung dalam rumah. Kebetulan masa tu tiada siapa di rumah. Mak dan abah ikut akak pulang ke kampung. Tinggallah aku seorang diri di dalam rumah. Aku tak dapat datang kerja hari tu. Aku hanya mampu bangun, makan dan tido je.

Pada hari sabtu baru aku perasan badan aku timbul bintik-bintik merah. Memang aku tak perasan sebelum ni sebab badan aku dilitupi dengan baju panas dan kain selimut. Kebetulan adik aku baru balik dari Shah Alam. Aku minta tolong dia bawa aku ke klinik sebab aku tak larat untuk memandu. Badan terasa amat lenguh. Kulit muka menjadi kering. Batuk dan sakit tekak mula timbul. Aku kemudiaan di bawa ke Klinik Izham. Doktor terkejut lihat badan aku berbintik merah. Dia syor untuk mengambil sampel darah untuk dianalisis samada ada kuman denggi atau tidak. Selepas darah diambil, doktor memberitahu yang dia akan hubungi aku selepas dapat keputusan.

Setelah ambil ubat di kaunter, terus aku minta adik aku carikan air 100 plus. Aku malas nak tunggu keputusan doktor tu. Aku pun minum berbotol botol 100 Plus. Dalam pada tu, aku rasa risau dengan keputusan darah aku tu.

Hari ni masuk hari Ahad. Doktor yang ambil darah aku tu langsung tak hubungi aku. Kebetulan demam aku makin kebah, cuma bintik-bintik merah masih kelihatan. Petang tu aku hubungi Klinik Izham. terkejut pula diberitahu keputusan darah aku tu belum dapat lagi disebabkan makmal tutup pada hari Ahad. Aku rasa doktor tu tak profesional. Kalau la aku ni hidap demam denggi yang kritikal, tentu dah lama aku mati di rumah. Langsung tak beri cadangan supaya aku rujuk demam aku ni di tempat lain, yang boleh analisa darah aku tu.

Hari isnin aku ke Putrajaya dalam keadaan lemah. Aku minta bantuan Maksu untuk bawa aku ke klinik kesihatan di situ. Maksu bawa aku ke Klinik Kesihatan di Persint 9 (rasanya). Aku tertarik dengan sistem yang di praktikkan di situ. Dari hal pendaftaran sehingga ke pengambilan ubat, semuanya bersistem. Aku berdaftar di kaunter pendaftaran dan dikenakan bayaran RM 1. Kemudian aku ke kaunter seterusnya di mana aku perlu beritahu jenis sakit atau rawatan yang diperlukan. Dari situ, nurse meminta aku ke makmal untuk di ambil darah. Selepas itu aku ke tempat menunggu untuk menunggu giliran berjumpa dengan doktor. Keputusan darah aku dihantar terus ke skrin komputer yang terdapat di dalam bilik doktor. Doktor mengesahkan aku ada jangkitan denggi. Bilangan platlet darah aku di bawah normal tapi tidak terlalu kritikal. Pada skrin tersebut doktor mencadangkan beberapa ubat yang perlu aku ambil. Doktor menasihatkan aku untuk datang pada keesokkan hari. Keluar dari bilik doktor, aku ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat.

Syukur Alhamdulillah, esoknya doktor beritahu bilangan platlet aku ada peningkatan. Ini bermakna aku tak perlu ditahan di wad. Cuma doktor minta aku datang semula ke klinik sekiranya aku demam semula. Mengenai simptom mata merah, lenguh sendi dan kulit kering doktor mengatakan ianya akan hilang secara beransur-ansur. Aku dinasihatkan supaya banyakkan minum air kosong. Alhamdulillah.

Aku yang terkena sikit tempias denggi ni pun dah terasa seperti tak larat. Macam mana la rasanya orang yang ditahan di wad disebabkan denggi ni. Mesti sengsaranya lagi teruk yang apa yang aku rasa.

Friday, June 6, 2008

Hampir 2/3 Gaji Sebahagian Rakyat Malaysia Dibelanja Untuk Petrol

Oleh : Adnan Ibrahim


Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain?

Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"?

Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato' Seri S Samy Vellu.

Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan.

Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.

Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin."

Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding

Thursday, June 5, 2008

Petrol Oh Petrol.

Sebelum ni aku cerita pasal harga beras yang meningkat dengan mendadak. Harga beras yang meningkat itu tak sangat memberi kesan pada aku. Sebabnya, bagi aku beras sekadar bahan makanan. Aku masih boleh buat pilihan untuk tidak memilih sebagai makanan harian. Tapi bagaimana pula dengan petrol? Bolehkah aku buat pilihan untuk tidak menggunakan petrol untuk kenderaan yang aku bawa setiap hari. Buntu rasanya bila kerajaan mengumumkan kenaikan bahan api (petrol dan diesel).

Petang semalam KL dilanda hujan yang amat lebat. Aku hampir-hampir terkandas didalam kesesakkan ibu kota. Petang itu juga aku terima sms dari En Mail. Ringkas je sms tu, "esok petrol naik 85 sen". Memula baca tu aku agak terkejut. Tapi aku harap itu sekadar khabar angin. Lagi pun Dato Shahrir Samad kata kenaikan petrol dijangkakan akan berlaku dalam pertengahan Ogos 2008. Walaupun tidak mempercayakan sms tersebut, aku tetap fwd nya kepada kawan-kawan yang lain.

Aku sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 6 petang. Terkejut kali kedua bila Pak Lah umumkan kenaikan harga petrol bermula pada tengah malam hari tu. Marah pun ada rasanya. Statement tak bertanggungjawab dari Pak Lah. Pengumuman yang dibuat memang tergesa-gesa. Langsung tak beri signal kepada pengguna. Aku tak tau perasaan Pak Lah masa buat pengumuman tu. Langsung rasa tak bersalah ke?. Pak Lah memang tak boleh pakai langsung.

Petang tu aku start enjin kereta untuk mengisi minyak kereta aku. Hah! Dah aku agak, stesen minyak dah mula sesak. Jangan kata stesen minyak, jalan-jalan yang berhampiran stesen minyak turut sesak. Boleh dikatakan satu KL dilanda masalah kesesakkan. Malas nak redah kesesakan tu, aku pun ambil keputusan balik ke rumah. Lagi pun minyak dalam tangki kereta aku tinggal sikit. Takut nanti mati ditengah jalan. Lagi bertambah sesak la jawabnya. Aku cuma tunggu dan lihat.

Aku cuba tanya mak aku yang dalam perjalan pulang ke kampung. Mak pun beritahu cerita yang sama. Stesen minyak di dalam Lebuhraya Utara-Selatan sesak dengan kenderaan. Aku call pula adik aku yang dalam perjalan pulang ke rumah dari Shah Alam. Cerita dia pun sama. Dalam perjalanan balik, kesesakkan memang teruk ya amat. Bulatan berhampiran Setesen minyak Shell di seksyen 15 tetiba jadi kaku. Kereta langsung tak bergerak.

Aku pun ada dengar cerita dari kengkawan yang punya kenderaan yang melebihi satu. Lepas satu kenderaan diisi dengan petrol, kemudian pulang untuk mengambil kenderaan lagi satu. Kena beratur pula. Kesian pula dengar ceritanya.

Apapun pesan kepada Kerajaan Yang "perihatin". Selalulah pikirkan kesusahan rakyat. Pemberian RM 625 setahun langsung tak membantu rakyat. Rakyat tetap sengsara dengan kenaikan harga petrol ni.

Sunday, June 1, 2008

Road To Sepang Drag Battle - RND 2

Keletihan hari ni. Sudah masuk dua hari aku tak cukup tidur. Hari Jumaat sampai rumah pukul 4 pagi. Semalam pula sampai rumah pukul 3 pagi. Tapi nasib baik la keesokkannya harinya bukan hari aku bekerja. Kalau tak, pasti aku datang ofis dengan muka yang sembab.

Hari jumaat merupakan final day untuk siapkan kereta sebelum beraksi pada malam Sabtu di Sepang. Aku sebenarnya tak ada peranan yang besar dalam part menyiapkan kereta ni. Lagi pun untuk round yang ke 2 ni kereta aku tak dapat turut serta disebabkan kejadian pecah kereta awal bulan May dulu. Sebagai tanda sokongan kepada Panjang, aku dengan rela hati melibatkan diri dalam persiapan keretanya. Habis waktu kerja pada hari Jumaat lepas, aku terus ke Sunway. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga laptop untuk tuning. Tugas aku mudah je dan tak seberat mana.

Di Sunway kami menghabiskan masa selama 2 jam. Nasib baik kereta Panjang tak banyak masalah. Kemudiannye kami bertolak pulang ke bengkel di Ukay Perdana. Tapi aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah dulu. Still dengan pakaian kerja lagi masa tu. Tak selesa plak rasanya buat kerja dengan baju kemeja.

Lepas mandi dan berehat di rumah, aku pun bergerak ke bengkel pada pukul 10.30 malam. Sempat juga aku lelapkan mata. Di bengkel, kengkawan yang lain semua dah sampai. Malam tu rasa meriah la plak. Panjang, Nookie, Aim, Edi, Epul, Man, Boy dan Bro Fadhil (pemilik bengkel merangkap chief mekanik). Pada malam tu, kami menyiapkan 2 kereta untuk SDB round 2. Nookie baru je menyatakan hasrat untuk bermain di SDB. Kerja-kerja persiapan ditangguh pada pukul 3.30 pagi.

Keesokkannya, waktu tengahari kami melakukan super final preparation. Hehe. Kali ni perkara sekecil-kecil anak perlu di kesan. Takut perkara-perkara yang kecil ni lah yang jadi masalah kami di Sepang nanti.

Tepat pukul 5.00 petang, Kami pun bertolak ke Sepang. Memandangkan kereta Nookie belum sempat di "tune". Bro Fadhil ambil keputusan untuk tune ketika dalam perjalanan ke Sepang. Malang sungguh, kereta Nookie mengalami masalah pada turbo nye ketika sampai di tol Putrajaya. Nak patah balik ke bengkel memang dah tak sempat ketika tu. So, kami teruskan perjalanan ke Sepang. FR garage hanya menghantar kereta Panjang sebagai wakilnya.

Keputusannya.. tunggu sambungan seterusnya..

Monday, May 12, 2008

Beras Oh Beras.

Aduhai Malaysiaku tercinta. Dalam sebulan, kenaikan harga beras per kilogram seperti tidak dapat dikawal. Hari ini harganya meningkat lagi. Bahan mentah makanan yang berasaskan beras pun turut juga terkena tempiasnya. Tersebar pula khabar bahawa akan ada lagi kenaikan harganya selepas ini. Mudah-mudahan itu sekadar khabar angin sahaja. Amin.

Kalau sebelum ini, bila ada kenaikan harga getah di pasaran dunia. Penorehlah orang yang paling gembira mendengarnya. Manakan tidak, pendapatan harian mereka turut bertambah. Namun kadangkala terfikir juga, kenapa pesawah tak gembira akan berita kenaikan harga beras?. Ya, benar. Beras dan getah adalah dua benda yang berbeza.

Kalau ditanya kepada penjual kenapa harga beras naik? Lazimnya penjual akan menjawab pemborong yang menaikkan harganya. Kalau soalan yang sama diulang kepada pemborong, pemborong pula akan mengatakan kilang yang menaikkannya. Namun, nasib pesawah tetap sama. Tiada pembelaan, sedangkan merekalah yang berhempas-pulas memastikan kita dapat menikmati nasi walaupun hanya sesuap.

Selamat Hari Ibu.

Dah lama aku fikirkan untuk mecoret sesuatu didalam blog ni. Coretan yang bersifat penghargaan terulung dari seorang anak, yang khas ditunjukan buat ibunda yang tersayang sempena Hari Ibu. Namun seringkali jari ini rasa kemalasan untuk menaip. Dilewatkan lagi bila minda ini tak dapat berfikir apa yang perlu dicoretkan.

Namun hati mula terdetik untuk bila menonton drama di televisyen. Drama yang menyentuh hati dan perasaan. Berkisar mengenai pengorbanan seorang ibu sepanjang hayatnya. Membesarkan anak-anak berseorangan. Dialah ibu, dialah bapa. Segala-galanya dia lakukan untuk melihat anak-anaknya hidup senang tanpa perlu merasai kepayahan hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

Namun pengorbanan ibu itu dipandang sebelah mata oleh anak-anaknya. Kesenangan yang diperolehi disalahgunakan oleh anak-anaknya. Namun si ibu tetap tabah mengharungi kehidupan walaupun dugaan yang makin hebat perlu ditempuhinya. Dihujung hayat si ibu, baru la si anak sedar akan kasih sayang yang diberi oleh si ibu sebelum itu.

Walaupun jalan drama tersebut tidak menggambarkan kehidupan realiti diriku, namun jauh disudut hati ini dapat aku selami perasaan si ibu itu.

Mom with her first grandson.

Kepada Puan Hendon Bt Saad, anakanda mohon sembah ampun dan maaf kepadamu. Sesungguhnya anakanda banyak melakukan kesalahan kepadamu ketika kecil dulu. Katamu sering anakanda ingkar. Nakal anakanda jarang kau tunjukkan kemarahan. Namun, bila anakanda dipukul abah, seringkali kau menghalang. Ibunda yang ku panggil "emak", sesungguhnya jasa mu tak terbalas oleh anakanda. Dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa, akan anakanda pastikan ibunda bahagia di dunia dan di akhirat. Amin ya Rabbal Alamin..

Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, Oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu
Kusuntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang
Kesucian cintaku...

-Dato Sharifah Aini -


Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu

-Hijjaz-

Malang Tak Berbau

Malang sungguh nasib aku. 06 April 2008, buat pertama kalinya cermin kereta aku dipecah orang. Kejadian berlaku dipersimpangan diantara Karangkraf dan Toyota Assembly. Kemungkinan ianya berlaku diantara pukul 1.00 pm hingga 4.00 pm. Kedudukan kereta aku tidaklah terlidung mahupun tersorok sangat dari pandangan orang. Namun tiada seorang pun perasan akan kejadian tersebut. Antara barang yang dicuri, player Sony, HKS Evc5, Apex'i pen-timer & boost meter, Pivot shift light, ECU LT10s dan Smart Tag bersama kad TounchNGo.

Report dibuat di balai polis Seksyen 15 Shah Alam. Gambar keadaan kereta diambil untuk tujuan siasatan. Agak kecewa bila dimaklumkan tiada kesan cap jari dikesan pada kereta. Namun kecurian kad TouchNGo memberi sedikit peluang mengesan pencuri. Itupun sekirannya kad tersebut digunakan oleh pencuri atau orang yang membeli dari pencuri itu.

Keadaan dari pandangan luar dan dalam kereta.




Tuesday, April 22, 2008

Tahniah buat Norhilmi Nordin



Tahniah diucapkan kepada adikku yang paling bongsu atas kejayaan memperolehi Sijil Graduasi Perantis Toyota Assembly Services. Walaupun terpaksa menunggu selama setahun untuk majlis penyerahan sijil ini dilakukan, namun majlis yang dianjurkan di Hotel Grand Blue Wave tetap berjalan dengan sempurna. Kelihatan wajah-wajah gembira graduan bersama ibu bapa mereka. Namun ketidakupayaan abah untuk menghadiri majlis tersebut mendorong aku untuk menemani emak yang kelihatan teruja menghadirkan diri di majlis itu.

Friday, April 11, 2008

Munajat Seorang Hamba.


Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan-Mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Hijjaz.

Thursday, April 10, 2008

Do You PUYO?

Pernah dengan motto "Do you have a HONDA?". Kita selalu jumpanya dalam bentuk sticker pada kereta-kereta jenama Honda. Baru-baru ni aku ada terima magazine With Dreams dari Honda Malaysia. Di 40th Tokyo Motor Show, buat julung kalinya kereta PUYO dipamerkan di sana. Terdapat banyak perbezaan di antara PUYO dengan kereta yang ada kini. PUYO lebih kepada mesra alam dan berkonsepkan kenderaan masa depan.

Apa yang menariknya di sini, badan kereta ini diperbuat dari gel lembut yang akan membuatkan orang mahu menyentuhnya, luarannya pula bersifat "glow in the dark". Bahan bakar untuk menggerakkannya hanya menggunakan Hidrogen. Hidrogen akan dijana bersama udara (oksigen) untuk menghasilkan tenaga eletrik. Sekiranya kereta hari ni menghasilkan asap pada bahagian ekzos, berlainan pula dengan PUYO. PUYO akan mengeluarkan air (H2O) pada ekzosnya.

Menarik. Bila agaknya PUYO nak sampai di Malaysia. Bukan berhajat nak beli cuma sekadar berkeinginan untuk squeeze body PUYO yang lembut tu.. :)

Thursday, April 3, 2008

Boikot barang-barang berikut.

Gempar lagi duniaku. Kali ni seorang mat saleh yang bernama Geert Wilders yang merupakan ahli parlimen Belanda telah memulakan semuanya. Pelik sungguh dia ni. Cuba menggunakan akal dangkalnya untuk mentafsir Al-Quran. Sedangkan untuk mentafsir Al-Quran, seseorang itu perlu mempelajari banyak perkara sebelum dapat menafsirkannya.

Berikut merupakan ulasan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria mengenai FITNA':
"Malangnya ia telah disalah tafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. saya sangsi mengenai niat sebenar ianya dibuat kerana ia tidak mengambil ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang menjelaskan apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan," ujarnya lagi.

Jelasnya, setiap ayat al-Quran mempunyai perkaitan antara satu sama lain yakni terdapat hubungkait antara ayat yang sebelum dan selepasnya.

"Begitu juga dengan perintah berjihad dan memerangi orang kafir yang mempunyai ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran sekaligus ia turut memiliki sebab penurunan ayat tersebut yang dipanggil asbabun nuzul," katanya lagi.

Beliau mengecam sekeras-kerasnya pihak pengeluar filem pendek tersebut yang seolah-olah mahu menuduh Islam menganjurkan kekerasan dan menggalakkan keganasan menerusi peperangan dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan.

"Padahal dalam ayat yang sebelumnya menceritakan mengenai orang-orang yang memusuhi dan memerangi orang Islam, tetapi mereka tidak mengambil ayat tersebut.

"Ini jelas mengeluarkan mengelirukan dan memfitnah Islam dengan menggunakan kitab suci ajarannya," ujarnya. harakahdaily.net

Disebabkan kedangkalannya, Persatuan Pengguna Islam Malaysia melalui laman webnya http://www.muslimconsumer.org.my telah menyenaraikan beberapa barangan keluaran Belanda yang perlu diboikot oleh umat Islam di Malaysia.

Berikut merupakan senarai produk barangan keluaran Belanda:


  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. -
  30. -
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

Tuesday, April 1, 2008

Jika pena hilang kebisaannya.

Kata bidalan lama mengungkapkan,
"bahawa mata pena itu lebih tajam dari pedang".
Lantas larikkan mata penamu
buat menyebar ilmu dan amal
Jangan dilarik amal yang mungkar
Khuatir kelak pena hilang bisa
Terlalu lancar membuat onar
Kuasa sirnanya akan ditarik Yang Esa
Ingatlah yang baik itu ganjarannya pahala
Yang onar pula balasannya neraka...

Photographer dengan photo-photonya.

Sebenarnya keinginan menjadi seorang jurugambar atau dalam bahasa yang lebih glamer photographer dah lama dalam fikiran aku. Aku suka tengok gambar-gmbar yang menarik yang diambil oleh jurugambar pro. Dari segi color, lighting sehingga ke bab editing semuanya aku minat.

Kelmarin sempat aku ber chatting dengan Lana, kenalan aku yang dah lama aku tak jumpa. Aku mula kenal dia masa sama-sama aktif dalam modified kereta Kancil. Tapi sekarang dia dah tak berminat dengan modified kereta. Dan aku dengar cerita pasal dia dari member lain. Dia mula menggilai hobi barunya, be a photographer. Selain dia, ada juga kenalan aku masa main kereta dulu yang beralih arah ke bidang ni. Hasil mereka pun aku sempat tengok. Not bad. Tapi itu dulu, masa tahun 2006. Sekarang ni aku rasa diorang dah jadi pro.

Kata Lana, main kereta tak boleh generate duit. Tapi main camera boleh generate duit. Walaupun buat sekadar partime, namun upahnya agak masyuk. Bukan setakat masyuk, syok pun dapat sebab hasil yang di snap boleh dilihat on the spot. Kalau main kereta, walaupun spec kereta kita sama dengan kereta "power", tak semestinya lajunya menyamai kereta "power" tersebut. Baru-baru ni kereta kecik aku 5 kali turun naik enjin sebab nak pasang double pressure clutch cover. Nak tiru spec kereta orang lain punya pasal la ni. Kalau orang yang tak kenal erti modified, sah awal-awal lagi sudah terkeluar perkataan "gila" dari mulut mereka. Mana taknya, meletihkan badan dan pula tu banyak masa terbuang. Nak buat macam mana, hati ini minat modied kereta.

Betul juga apa yang Lana katakan tu. Dia sempat perkenalkan web-web yang dia follow untuk meningkatkan lagi kemahiran dia. One of the web is http://www.candidsyndrome.com. Memang menarik gambar-gambar yang ada dalam tu. And you know what, semuanya 6 photographers adalah anak melayu kita. Bangga aku dengan mereka ni. Mereka semua ni adalah yang pro dalam bidang ni. And also nice webpage with beautiful pictures, beb!

Tengah syok membelek gambar yang ada dalam webpage tu, terpandanglah aku pada beberapa keping gambar yang ada di dalamnya. Tak sangka my ex-schoolmates pun choose them untuk merakamkan setiap detik bahagia ketika mereka melangsungkan perkahwinan dulu. CandidSyndrome, pinjam beberapa gmbar ye.



Happy moments Zahar & Che' Na

Zuraimi & Ani

Cantik gambar-gambar mereka. Nak dapatkan hasil macam ni, pasangan pengantin perlu pandai berlakon dan perlu ikut arahan director (the photographer). Anyway congratulation kat Zahar & Che Na' dan Zuraimi & Ani.

Perkara yang paling lucu yang nak aku coretkan dalam cerita ni, disebabkan excited sangat dengan cerita Lana membuatkan aku terbawanya ke dalam mimpi. Dalam mimpi semuanya boleh namun dalam realiti kena la usaha lebih sikit. Kos permulaan untuk menjadi photographer bukannya murah. Dan seperti kata Lana, pulangannya tetap ada. Itu yang buatkan aku teruja untuk jadi photgrapher. InsyaAllah, semoga diperkenan oleh-Nya. Amin.

If I'm use the right camera, sure this picture can be more .... You know what i mean kan, kan.

Saturday, March 29, 2008

Menebus Kederhakaan.

Masih adakah peluang bagi anak yang derhaka untuk menebus kederhakaannya kepada ibu ayah yang telah mati? Peluang itu tetap ada selagi si anak mahu mendoakan dan memohonkan keampunan untuk arwah orang tuanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seseorang anak yang telah kematian kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadanya, sedangkan dia anak yang derhaka, hendaklah dia mendoakan mereka dan memintakan ampun untuk mereka. Allah akan menulis untuknya sebagai anak yang berbakti (soleh)."

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti melaksanakan sumpah mereka (wasiat ibu bapa yang telah mati), membayar hutangnya dan tidak membuka pintu (ruang) mereka dicaci orang, nescaya ditulis sebagai anak yang berbakti walaupun dia penderhaka semasa hidupnya." (Riwayat Thabrani)

-ANIS Jan 2005-

Sumpahan JWW Birch?

Haha. Biarkan aku ketawa dulu sebab cerita ni memang kelakar bunyinya. Kisahnya bermula pada 9 Mac yang lepas. Selepas balik dari Kg Gajah, kereta aku mula tersadai di worsyop untuk kesekian kalinya. Memang aku dah biasa dengan berkeadaan begini. Kak Su kalau dia baca blog aku ni mesti dia paham maksud aku.

Sejak balik dari Kg Gajah, kereta aku diturunkan enjin dari kerangka kereta. Gearbox mula dipisahkan dari enjin. Pada gearbox tersebut kelihatan lubang yang agak besar yang terbentuk dari hentaman pin yang tertanggal dari flywheel yang sedang berpusing dengan lajunya. Gearbox casing terpaksa diganti, alhamdulillah part lain masih lagi elok cuma clutch cover terpaksa ditukar. Proses ini mengambil masa yang agak lama sebab Gearbox casing terpaksa dicari, manakala clutch cover pula perlu dihantar ke machine shop untuk menggandakan diaphram.

Pada 24 Mac yang lepas, maka lengkaplah barang2 yang diperlukan. Gearbox yang diceraikan bahagiannya mula dipasang semula. Kemudian gearbox tersebut diikat pada enjin. Dan pada pukul 2 pagi, maka selamatla enjin tersebut dipasang pada kerangka enjin. Enjin mula dihidupkan, Alhamdulillah semuanya adalah seperti yang diharapkan.

Namun tak sampai beberapa minit, ada perkara pelik berlaku. Gear tidak dapat berfungsi dengan elok. Setelah dicuba beberapa kali, ianya tetap gagal berfungsi dengan baik. Akhirnya pomen mengambil keputusan utk meneruskan semula pada keesokkan harinya.

Pomen membuat keputusan bahawa enjin perlu diturunkan semula. Pada anggapan pomen, mungkin ada pin yang tertanggal masa proses pemasangan gearbox yang menyebabkan gear tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Akhirnya gearbox pun dileraikan semula. Pomen berasa pelik sebab tiada apa pun masalah pada gearbox, tetapi kenapa gear tidak dapat dimasukkan dengan sempurna?. Pomen menjadi musykil. Masa ni la bermacam teori yang keluar. "Akak" iaitu panggilan aku kepada isteri abg pomen tersebut telah mengeluarkan satu teori misteri. "Akak rasa kereta kau ni terkena dengan sumpahan JWW Birch la.", kata akak tu.

Aku bagaikan nak tergelak pula bila akak tu kata macam tu. Dalam hati aku rasa akak ni terkilan sebab abang pomen tak bawa dia ke Kg Gajah yang bersebelahan dengan Pasir Salak. Sebab itu dia kluarkan teori macam tu. Lagipun aku lah yang paling galak bercerita pasal JWW Birch masa di sana. Hehe, si Panjang kata aku macam cikgu sejarah la plak. Tapi aku tak layan sangat teori akak tu sebab aku dah rindu sangat kat kereta aku tu.

Malam tadi aku sempat singgah ke bengkel, saje nak perah otak mencari jawapan kepada soalan misteri tu. Aku pun cuba la periksa pada batang gear di dalam kereta sebab dalam hati aku masalah mungkin berpunca di situ. Hah! tepat sekali!. Rupa-rupanya ada benda yang tertanggal yang menyebabkan gear tak dapat ditolak dengan sempurna. Waduh!. Tepuk dahi aku!. Benda kecik je, kalau betulkan yang itu maka tak perlula diturunkan enjin. "Ha, kan akak dah kata. Kereta kau tu terkena sumpahan JWW Birch. Jww Birch kot yang tanggalkan benda tu", kata akak tu bila dapat tau itulah puncanya. Betulkan sumpahan JWW Birch?

Wanna "blog" myself...

Assalammualaikum.

Saturday, 29 March 2008. 12.00 am. I've start my new blog.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Ahlan wa Sahlan

"Aku ingin hidup secerah mentari pagi

Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan..."