Monday, May 12, 2008

Beras Oh Beras.

Aduhai Malaysiaku tercinta. Dalam sebulan, kenaikan harga beras per kilogram seperti tidak dapat dikawal. Hari ini harganya meningkat lagi. Bahan mentah makanan yang berasaskan beras pun turut juga terkena tempiasnya. Tersebar pula khabar bahawa akan ada lagi kenaikan harganya selepas ini. Mudah-mudahan itu sekadar khabar angin sahaja. Amin.

Kalau sebelum ini, bila ada kenaikan harga getah di pasaran dunia. Penorehlah orang yang paling gembira mendengarnya. Manakan tidak, pendapatan harian mereka turut bertambah. Namun kadangkala terfikir juga, kenapa pesawah tak gembira akan berita kenaikan harga beras?. Ya, benar. Beras dan getah adalah dua benda yang berbeza.

Kalau ditanya kepada penjual kenapa harga beras naik? Lazimnya penjual akan menjawab pemborong yang menaikkan harganya. Kalau soalan yang sama diulang kepada pemborong, pemborong pula akan mengatakan kilang yang menaikkannya. Namun, nasib pesawah tetap sama. Tiada pembelaan, sedangkan merekalah yang berhempas-pulas memastikan kita dapat menikmati nasi walaupun hanya sesuap.

No comments:

Ahlan wa Sahlan

"Aku ingin hidup secerah mentari pagi

Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan..."