Kelmarin sempat aku ber chatting dengan Lana, kenalan aku yang dah lama aku tak jumpa. Aku mula kenal dia masa sama-sama aktif dalam modified kereta Kancil. Tapi sekarang dia dah tak berminat dengan modified kereta. Dan aku dengar cerita pasal dia dari member lain. Dia mula menggilai hobi barunya, be a photographer. Selain dia, ada juga kenalan aku masa main kereta dulu yang beralih arah ke bidang ni. Hasil mereka pun aku sempat tengok. Not bad. Tapi itu dulu, masa tahun 2006. Sekarang ni aku rasa diorang dah jadi pro.
Kata Lana, main kereta tak boleh generate duit. Tapi main camera boleh generate duit. Walaupun buat sekadar partime, namun upahnya agak masyuk. Bukan setakat masyuk, syok pun dapat sebab hasil yang di snap boleh dilihat on the spot. Kalau main kereta, walaupun spec kereta kita sama dengan kereta "power", tak semestinya lajunya menyamai kereta "power" tersebut. Baru-baru ni kereta kecik aku 5 kali turun naik enjin sebab nak pasang double pressure clutch cover. Nak tiru spec kereta orang lain punya pasal la ni. Kalau orang yang tak kenal erti modified, sah awal-awal lagi sudah terkeluar perkataan "gila" dari mulut mereka. Mana taknya, meletihkan badan dan pula tu banyak masa terbuang. Nak buat macam mana, hati ini minat modied kereta.
Betul juga apa yang Lana katakan tu. Dia sempat perkenalkan web-web yang dia follow untuk meningkatkan lagi kemahiran dia. One of the web is http://www.candidsyndrome.com. Memang menarik gambar-gambar yang ada dalam tu. And you know what, semuanya 6 photographers adalah anak melayu kita. Bangga aku dengan mereka ni. Mereka semua ni adalah yang pro dalam bidang ni. And also nice webpage with beautiful pictures, beb!
Tengah syok membelek gambar yang ada dalam webpage tu, terpandanglah aku pada beberapa keping gambar yang ada di dalamnya. Tak sangka my ex-schoolmates pun choose them untuk merakamkan setiap detik bahagia ketika mereka melangsungkan perkahwinan dulu. CandidSyndrome, pinjam beberapa gmbar ye.
Happy moments Zahar & Che' Na
Zuraimi & Ani

Cantik gambar-gambar mereka. Nak dapatkan hasil macam ni, pasangan pengantin perlu pandai berlakon dan perlu ikut arahan director (the photographer). Anyway congratulation kat Zahar & Che Na' dan Zuraimi & Ani.
Perkara yang paling lucu yang nak aku coretkan dalam cerita ni, disebabkan excited sangat dengan cerita Lana membuatkan aku terbawanya ke dalam mimpi. Dalam mimpi semuanya boleh namun dalam realiti kena la usaha lebih sikit. Kos permulaan untuk menjadi photographer bukannya murah. Dan seperti kata Lana, pulangannya tetap ada. Itu yang buatkan aku teruja untuk jadi photgrapher. InsyaAllah, semoga diperkenan oleh-Nya. Amin.

If I'm use the right camera, sure this picture can be more .... You know what i mean kan, kan.Perkara yang paling lucu yang nak aku coretkan dalam cerita ni, disebabkan excited sangat dengan cerita Lana membuatkan aku terbawanya ke dalam mimpi. Dalam mimpi semuanya boleh namun dalam realiti kena la usaha lebih sikit. Kos permulaan untuk menjadi photographer bukannya murah. Dan seperti kata Lana, pulangannya tetap ada. Itu yang buatkan aku teruja untuk jadi photgrapher. InsyaAllah, semoga diperkenan oleh-Nya. Amin.
No comments:
Post a Comment