Thursday, June 5, 2008

Petrol Oh Petrol.

Sebelum ni aku cerita pasal harga beras yang meningkat dengan mendadak. Harga beras yang meningkat itu tak sangat memberi kesan pada aku. Sebabnya, bagi aku beras sekadar bahan makanan. Aku masih boleh buat pilihan untuk tidak memilih sebagai makanan harian. Tapi bagaimana pula dengan petrol? Bolehkah aku buat pilihan untuk tidak menggunakan petrol untuk kenderaan yang aku bawa setiap hari. Buntu rasanya bila kerajaan mengumumkan kenaikan bahan api (petrol dan diesel).

Petang semalam KL dilanda hujan yang amat lebat. Aku hampir-hampir terkandas didalam kesesakkan ibu kota. Petang itu juga aku terima sms dari En Mail. Ringkas je sms tu, "esok petrol naik 85 sen". Memula baca tu aku agak terkejut. Tapi aku harap itu sekadar khabar angin. Lagi pun Dato Shahrir Samad kata kenaikan petrol dijangkakan akan berlaku dalam pertengahan Ogos 2008. Walaupun tidak mempercayakan sms tersebut, aku tetap fwd nya kepada kawan-kawan yang lain.

Aku sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 6 petang. Terkejut kali kedua bila Pak Lah umumkan kenaikan harga petrol bermula pada tengah malam hari tu. Marah pun ada rasanya. Statement tak bertanggungjawab dari Pak Lah. Pengumuman yang dibuat memang tergesa-gesa. Langsung tak beri signal kepada pengguna. Aku tak tau perasaan Pak Lah masa buat pengumuman tu. Langsung rasa tak bersalah ke?. Pak Lah memang tak boleh pakai langsung.

Petang tu aku start enjin kereta untuk mengisi minyak kereta aku. Hah! Dah aku agak, stesen minyak dah mula sesak. Jangan kata stesen minyak, jalan-jalan yang berhampiran stesen minyak turut sesak. Boleh dikatakan satu KL dilanda masalah kesesakkan. Malas nak redah kesesakan tu, aku pun ambil keputusan balik ke rumah. Lagi pun minyak dalam tangki kereta aku tinggal sikit. Takut nanti mati ditengah jalan. Lagi bertambah sesak la jawabnya. Aku cuma tunggu dan lihat.

Aku cuba tanya mak aku yang dalam perjalan pulang ke kampung. Mak pun beritahu cerita yang sama. Stesen minyak di dalam Lebuhraya Utara-Selatan sesak dengan kenderaan. Aku call pula adik aku yang dalam perjalan pulang ke rumah dari Shah Alam. Cerita dia pun sama. Dalam perjalanan balik, kesesakkan memang teruk ya amat. Bulatan berhampiran Setesen minyak Shell di seksyen 15 tetiba jadi kaku. Kereta langsung tak bergerak.

Aku pun ada dengar cerita dari kengkawan yang punya kenderaan yang melebihi satu. Lepas satu kenderaan diisi dengan petrol, kemudian pulang untuk mengambil kenderaan lagi satu. Kena beratur pula. Kesian pula dengar ceritanya.

Apapun pesan kepada Kerajaan Yang "perihatin". Selalulah pikirkan kesusahan rakyat. Pemberian RM 625 setahun langsung tak membantu rakyat. Rakyat tetap sengsara dengan kenaikan harga petrol ni.

No comments:

Ahlan wa Sahlan

"Aku ingin hidup secerah mentari pagi

Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan..."