Saturday, October 11, 2008

Dato' Shah Rukh Khan?


Nak ketawa rasanya bila dengar yang artis bolywood bertaraf superstar dianugerahkan gelaran Dato' oleh oleh sebuah negeri di semenanjung Malaysia. Bukan aku saja yang dok sibuk pikir, orang lain pun sama. Apa sumbangan utama Mr Shah Rukh Khan kepada rakyat Malaysia?.

Macam dah tak da rakyat dalam Malaysia ni yang layak terima anugerah tu. Dalam banyak-banyak cerita-cerita yang aku dengar, cerita ni yang paling aku berminat untuk terbitkan dalam blog aku ni. Shah Rukh Khan ini sebenarnya diminati oleh isteri seorang pembesar dalam negara. Pembesar negara tersebut pula ketika ini sedang melangkah menuju ke jawatan terpenting lagi glamor dalam Malaysia dan akan meninggalkan jawatan no 2 yang terpenting lagi glamor.

Memandangkan jawtan no 2 ini akan dikosong, maka datanglah seorang pembesar dari negeri di selatan semenanjung yang menawarkan untuk mengisi kekosangan tersebut. Ramai yang beranggapan pembesar negeri ini telah menyenaraikan nama Shah Rukh Khan untuk diberi pingat disebabkan Shah Rukh Khan ini diminati oleh isteri pembesar negara (bodek la tu).

Mungkin tindakan tersebut bertujuan untuk mengembirakan hati isteri pembesar seterusnya memohon sokongan isteri dan pembesar negara agar diperkenankan hajatnya untuk bertanding untuk jawatan no 2 itu.

Apapun, tak ramai yang bangga penganugerahan yang diberikan kepada artis tersebut. Malah lebih ramai yang ketawa termasuk aku. Hehe.


1 comment:

Unknown said...

Tuan,

Entah mengapa kebanyak 'orang tua' berkata bahawa bintang saya akan cerah apabila besar nanti eheheh.

Sebenarnya secara ikhlasnya saya tidak berharap untuk mendapat gelaran-gelaran seperti ini. Tetapi saya berjanji pada diri sendiri jika satu masa saya ditawarkan gelaran 'Datuk' saya akan mempertimbangkan tetapi jika ianya daripada kaum kerabat Melaka, maaf saya terpaksa menolak mentah-mentah bukan menolak rezeki tetapi saya tidak boleh menipu diri sendiri.

Ahlan wa Sahlan

"Aku ingin hidup secerah mentari pagi

Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan..."