Saturday, March 29, 2008

Menebus Kederhakaan.

Masih adakah peluang bagi anak yang derhaka untuk menebus kederhakaannya kepada ibu ayah yang telah mati? Peluang itu tetap ada selagi si anak mahu mendoakan dan memohonkan keampunan untuk arwah orang tuanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seseorang anak yang telah kematian kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadanya, sedangkan dia anak yang derhaka, hendaklah dia mendoakan mereka dan memintakan ampun untuk mereka. Allah akan menulis untuknya sebagai anak yang berbakti (soleh)."

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti melaksanakan sumpah mereka (wasiat ibu bapa yang telah mati), membayar hutangnya dan tidak membuka pintu (ruang) mereka dicaci orang, nescaya ditulis sebagai anak yang berbakti walaupun dia penderhaka semasa hidupnya." (Riwayat Thabrani)

-ANIS Jan 2005-

Sumpahan JWW Birch?

Haha. Biarkan aku ketawa dulu sebab cerita ni memang kelakar bunyinya. Kisahnya bermula pada 9 Mac yang lepas. Selepas balik dari Kg Gajah, kereta aku mula tersadai di worsyop untuk kesekian kalinya. Memang aku dah biasa dengan berkeadaan begini. Kak Su kalau dia baca blog aku ni mesti dia paham maksud aku.

Sejak balik dari Kg Gajah, kereta aku diturunkan enjin dari kerangka kereta. Gearbox mula dipisahkan dari enjin. Pada gearbox tersebut kelihatan lubang yang agak besar yang terbentuk dari hentaman pin yang tertanggal dari flywheel yang sedang berpusing dengan lajunya. Gearbox casing terpaksa diganti, alhamdulillah part lain masih lagi elok cuma clutch cover terpaksa ditukar. Proses ini mengambil masa yang agak lama sebab Gearbox casing terpaksa dicari, manakala clutch cover pula perlu dihantar ke machine shop untuk menggandakan diaphram.

Pada 24 Mac yang lepas, maka lengkaplah barang2 yang diperlukan. Gearbox yang diceraikan bahagiannya mula dipasang semula. Kemudian gearbox tersebut diikat pada enjin. Dan pada pukul 2 pagi, maka selamatla enjin tersebut dipasang pada kerangka enjin. Enjin mula dihidupkan, Alhamdulillah semuanya adalah seperti yang diharapkan.

Namun tak sampai beberapa minit, ada perkara pelik berlaku. Gear tidak dapat berfungsi dengan elok. Setelah dicuba beberapa kali, ianya tetap gagal berfungsi dengan baik. Akhirnya pomen mengambil keputusan utk meneruskan semula pada keesokkan harinya.

Pomen membuat keputusan bahawa enjin perlu diturunkan semula. Pada anggapan pomen, mungkin ada pin yang tertanggal masa proses pemasangan gearbox yang menyebabkan gear tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Akhirnya gearbox pun dileraikan semula. Pomen berasa pelik sebab tiada apa pun masalah pada gearbox, tetapi kenapa gear tidak dapat dimasukkan dengan sempurna?. Pomen menjadi musykil. Masa ni la bermacam teori yang keluar. "Akak" iaitu panggilan aku kepada isteri abg pomen tersebut telah mengeluarkan satu teori misteri. "Akak rasa kereta kau ni terkena dengan sumpahan JWW Birch la.", kata akak tu.

Aku bagaikan nak tergelak pula bila akak tu kata macam tu. Dalam hati aku rasa akak ni terkilan sebab abang pomen tak bawa dia ke Kg Gajah yang bersebelahan dengan Pasir Salak. Sebab itu dia kluarkan teori macam tu. Lagipun aku lah yang paling galak bercerita pasal JWW Birch masa di sana. Hehe, si Panjang kata aku macam cikgu sejarah la plak. Tapi aku tak layan sangat teori akak tu sebab aku dah rindu sangat kat kereta aku tu.

Malam tadi aku sempat singgah ke bengkel, saje nak perah otak mencari jawapan kepada soalan misteri tu. Aku pun cuba la periksa pada batang gear di dalam kereta sebab dalam hati aku masalah mungkin berpunca di situ. Hah! tepat sekali!. Rupa-rupanya ada benda yang tertanggal yang menyebabkan gear tak dapat ditolak dengan sempurna. Waduh!. Tepuk dahi aku!. Benda kecik je, kalau betulkan yang itu maka tak perlula diturunkan enjin. "Ha, kan akak dah kata. Kereta kau tu terkena sumpahan JWW Birch. Jww Birch kot yang tanggalkan benda tu", kata akak tu bila dapat tau itulah puncanya. Betulkan sumpahan JWW Birch?

Wanna "blog" myself...

Assalammualaikum.

Saturday, 29 March 2008. 12.00 am. I've start my new blog.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Ahlan wa Sahlan

"Aku ingin hidup secerah mentari pagi

Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan..."