Monday, May 12, 2008

Beras Oh Beras.

Aduhai Malaysiaku tercinta. Dalam sebulan, kenaikan harga beras per kilogram seperti tidak dapat dikawal. Hari ini harganya meningkat lagi. Bahan mentah makanan yang berasaskan beras pun turut juga terkena tempiasnya. Tersebar pula khabar bahawa akan ada lagi kenaikan harganya selepas ini. Mudah-mudahan itu sekadar khabar angin sahaja. Amin.

Kalau sebelum ini, bila ada kenaikan harga getah di pasaran dunia. Penorehlah orang yang paling gembira mendengarnya. Manakan tidak, pendapatan harian mereka turut bertambah. Namun kadangkala terfikir juga, kenapa pesawah tak gembira akan berita kenaikan harga beras?. Ya, benar. Beras dan getah adalah dua benda yang berbeza.

Kalau ditanya kepada penjual kenapa harga beras naik? Lazimnya penjual akan menjawab pemborong yang menaikkan harganya. Kalau soalan yang sama diulang kepada pemborong, pemborong pula akan mengatakan kilang yang menaikkannya. Namun, nasib pesawah tetap sama. Tiada pembelaan, sedangkan merekalah yang berhempas-pulas memastikan kita dapat menikmati nasi walaupun hanya sesuap.

Selamat Hari Ibu.

Dah lama aku fikirkan untuk mecoret sesuatu didalam blog ni. Coretan yang bersifat penghargaan terulung dari seorang anak, yang khas ditunjukan buat ibunda yang tersayang sempena Hari Ibu. Namun seringkali jari ini rasa kemalasan untuk menaip. Dilewatkan lagi bila minda ini tak dapat berfikir apa yang perlu dicoretkan.

Namun hati mula terdetik untuk bila menonton drama di televisyen. Drama yang menyentuh hati dan perasaan. Berkisar mengenai pengorbanan seorang ibu sepanjang hayatnya. Membesarkan anak-anak berseorangan. Dialah ibu, dialah bapa. Segala-galanya dia lakukan untuk melihat anak-anaknya hidup senang tanpa perlu merasai kepayahan hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

Namun pengorbanan ibu itu dipandang sebelah mata oleh anak-anaknya. Kesenangan yang diperolehi disalahgunakan oleh anak-anaknya. Namun si ibu tetap tabah mengharungi kehidupan walaupun dugaan yang makin hebat perlu ditempuhinya. Dihujung hayat si ibu, baru la si anak sedar akan kasih sayang yang diberi oleh si ibu sebelum itu.

Walaupun jalan drama tersebut tidak menggambarkan kehidupan realiti diriku, namun jauh disudut hati ini dapat aku selami perasaan si ibu itu.

Mom with her first grandson.

Kepada Puan Hendon Bt Saad, anakanda mohon sembah ampun dan maaf kepadamu. Sesungguhnya anakanda banyak melakukan kesalahan kepadamu ketika kecil dulu. Katamu sering anakanda ingkar. Nakal anakanda jarang kau tunjukkan kemarahan. Namun, bila anakanda dipukul abah, seringkali kau menghalang. Ibunda yang ku panggil "emak", sesungguhnya jasa mu tak terbalas oleh anakanda. Dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa, akan anakanda pastikan ibunda bahagia di dunia dan di akhirat. Amin ya Rabbal Alamin..

Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, Oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu
Kusuntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang
Kesucian cintaku...

-Dato Sharifah Aini -


Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu

-Hijjaz-

Malang Tak Berbau

Malang sungguh nasib aku. 06 April 2008, buat pertama kalinya cermin kereta aku dipecah orang. Kejadian berlaku dipersimpangan diantara Karangkraf dan Toyota Assembly. Kemungkinan ianya berlaku diantara pukul 1.00 pm hingga 4.00 pm. Kedudukan kereta aku tidaklah terlidung mahupun tersorok sangat dari pandangan orang. Namun tiada seorang pun perasan akan kejadian tersebut. Antara barang yang dicuri, player Sony, HKS Evc5, Apex'i pen-timer & boost meter, Pivot shift light, ECU LT10s dan Smart Tag bersama kad TounchNGo.

Report dibuat di balai polis Seksyen 15 Shah Alam. Gambar keadaan kereta diambil untuk tujuan siasatan. Agak kecewa bila dimaklumkan tiada kesan cap jari dikesan pada kereta. Namun kecurian kad TouchNGo memberi sedikit peluang mengesan pencuri. Itupun sekirannya kad tersebut digunakan oleh pencuri atau orang yang membeli dari pencuri itu.

Keadaan dari pandangan luar dan dalam kereta.




Tuesday, April 22, 2008

Tahniah buat Norhilmi Nordin



Tahniah diucapkan kepada adikku yang paling bongsu atas kejayaan memperolehi Sijil Graduasi Perantis Toyota Assembly Services. Walaupun terpaksa menunggu selama setahun untuk majlis penyerahan sijil ini dilakukan, namun majlis yang dianjurkan di Hotel Grand Blue Wave tetap berjalan dengan sempurna. Kelihatan wajah-wajah gembira graduan bersama ibu bapa mereka. Namun ketidakupayaan abah untuk menghadiri majlis tersebut mendorong aku untuk menemani emak yang kelihatan teruja menghadirkan diri di majlis itu.

Friday, April 11, 2008

Munajat Seorang Hamba.


Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan-Mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Hijjaz.

Thursday, April 10, 2008

Do You PUYO?

Pernah dengan motto "Do you have a HONDA?". Kita selalu jumpanya dalam bentuk sticker pada kereta-kereta jenama Honda. Baru-baru ni aku ada terima magazine With Dreams dari Honda Malaysia. Di 40th Tokyo Motor Show, buat julung kalinya kereta PUYO dipamerkan di sana. Terdapat banyak perbezaan di antara PUYO dengan kereta yang ada kini. PUYO lebih kepada mesra alam dan berkonsepkan kenderaan masa depan.

Apa yang menariknya di sini, badan kereta ini diperbuat dari gel lembut yang akan membuatkan orang mahu menyentuhnya, luarannya pula bersifat "glow in the dark". Bahan bakar untuk menggerakkannya hanya menggunakan Hidrogen. Hidrogen akan dijana bersama udara (oksigen) untuk menghasilkan tenaga eletrik. Sekiranya kereta hari ni menghasilkan asap pada bahagian ekzos, berlainan pula dengan PUYO. PUYO akan mengeluarkan air (H2O) pada ekzosnya.

Menarik. Bila agaknya PUYO nak sampai di Malaysia. Bukan berhajat nak beli cuma sekadar berkeinginan untuk squeeze body PUYO yang lembut tu.. :)

Thursday, April 3, 2008

Boikot barang-barang berikut.

Gempar lagi duniaku. Kali ni seorang mat saleh yang bernama Geert Wilders yang merupakan ahli parlimen Belanda telah memulakan semuanya. Pelik sungguh dia ni. Cuba menggunakan akal dangkalnya untuk mentafsir Al-Quran. Sedangkan untuk mentafsir Al-Quran, seseorang itu perlu mempelajari banyak perkara sebelum dapat menafsirkannya.

Berikut merupakan ulasan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria mengenai FITNA':
"Malangnya ia telah disalah tafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. saya sangsi mengenai niat sebenar ianya dibuat kerana ia tidak mengambil ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang menjelaskan apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan," ujarnya lagi.

Jelasnya, setiap ayat al-Quran mempunyai perkaitan antara satu sama lain yakni terdapat hubungkait antara ayat yang sebelum dan selepasnya.

"Begitu juga dengan perintah berjihad dan memerangi orang kafir yang mempunyai ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran sekaligus ia turut memiliki sebab penurunan ayat tersebut yang dipanggil asbabun nuzul," katanya lagi.

Beliau mengecam sekeras-kerasnya pihak pengeluar filem pendek tersebut yang seolah-olah mahu menuduh Islam menganjurkan kekerasan dan menggalakkan keganasan menerusi peperangan dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan.

"Padahal dalam ayat yang sebelumnya menceritakan mengenai orang-orang yang memusuhi dan memerangi orang Islam, tetapi mereka tidak mengambil ayat tersebut.

"Ini jelas mengeluarkan mengelirukan dan memfitnah Islam dengan menggunakan kitab suci ajarannya," ujarnya. harakahdaily.net

Disebabkan kedangkalannya, Persatuan Pengguna Islam Malaysia melalui laman webnya http://www.muslimconsumer.org.my telah menyenaraikan beberapa barangan keluaran Belanda yang perlu diboikot oleh umat Islam di Malaysia.

Berikut merupakan senarai produk barangan keluaran Belanda:


  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. -
  30. -
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

Ahlan wa Sahlan

"Aku ingin hidup secerah mentari pagi

Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan..."